Home HIBURAN Diana Danielle Bengang Suami Kena Waran Tangkap Secara Tiba-Tiba..

Diana Danielle Bengang Suami Kena Waran Tangkap Secara Tiba-Tiba..

273
0
SHARE

Susulan berita Datuk Farid Kamil Zahariyang menerima waran tangkap kerana gagal menghadiri prosiding perbicaraan hari keempat dalam kes yang dihadapi, isterinya Datin Diana Danielle tampil membuat kenyataan.

Menerusi laman Instagram Diana, dia menyifatkan tindakan ini adalah tidak adil terhadap suaminya.

“Perbicaraan kes telah ditetapkan pada 14 Januari. Tiba-tiba hari ini disuruh datang ke mahkamah tanpa beri tarikh awal-awal dan panggil kita secara random.

“Suami saya bukan berada di Kuala Lumpur sekarang, rasa logik ke cara nak panggil orang ke mahkamah secara mengejut,” soal Diana.

Lebih mengecewakan Diana, suaminya turut dikenakan waran tangkap atas permintaan yang dianggap tidak logik ini.

“Bila orang tak dapat nak datang kerana tidak diberitahu langsung ada perbicaraan, terus nak bagi waran tangkap? Ini tidak adil. Ini salah guna kuasa,” luahnya Diana lagi.

Terdahulu, pada 25 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistreet kerana menggunakan dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4:30 petang, 11 Januari tahun lalu.

sumber: Hangat.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here