Home HIBURAN “Berani keluar TV malam tadi dengan seluruh umat Islam melihat perkara itu...

“Berani keluar TV malam tadi dengan seluruh umat Islam melihat perkara itu dalam rancangan” Santesh Dikecam Netizen

410
0
SHARE

PENYANYI Santesh Kumar menerima kecaman selepas muncul dalam rancangan #SenangTerhibur terbitan TV3, mempamerkan bendera Malaysia yang telah diubah pada baju dipakainya.

Dalam rancangan bersama pengacara Shuk Sahar dan Jihan Muse itu, Santesh dilihat mempamerkan bendera 14 jalur merah putih, mirip bendera Malaysia, pada baju t shirt hitam yang dipakainya, namun pada bahagian bulan dan bintang dibuang dan diubah dengan tanda hashtag (#) tebal berwarna putih

Selain itu bahagian kotak berwarna biru bendera Malaysia turut diubah kepada warna hitam.

Wanita Umno Bangi menerusi laman Facebook rasminya, mengecam tindakan Santesh membuang gambar bulan sabit dan bintang itu yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Penyanyi India Santesh Kumar ubah gambar bendera, buang gambar bulan sabit & bintang yang melambangkan agama rasmi Malaysia, agama Islam,”

“Berani keluar TV malam tadi dengan seluruh umat Islam melihat perkara itu dalam rancangan, #senangterhibur,”

“Viralkan agar semua orang Islam dan rakyat Malaysia lihat,” tulis kenyataan itu.

Wanita Umno Bangi

Sumber — milosuam.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here