Home POLITIK Atau Mat Sabu ‘claim’ duit minyak helikopter?

Atau Mat Sabu ‘claim’ duit minyak helikopter?

205
0
SHARE

RENTETAN isu duit minyak, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut menjadi sasaran kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Najib mendakwa, gambar Mohamad menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands tular pada Sabtu lalu dan menerima pelbagai kritikan orang ramai.

“Bagaimanapun Mat Sabu menafikannya dengan memberi alasan ia lawatan rasminya sebagai menteri yang dirancang awal.

“Tetapi pada hari yang sama pula, Mat Sabu nampak hadir semasa proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk memberi sokongan kepada calon PH (Pakatan Harapan) dari parti DAP.

“Sejak bila proses penamaan calon parti DAP sudah menjadi urusan rasmi Kementerian Pertahanan?” katanya melalui catatan di Facebook beliau.

Menurut Najib, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), DAP dan BERSIH sering menuduh Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan pilihan raya.

“Mereka kata ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan DAP dan BERSIH dalam isu membabitkan helikopter itu.

“DAP dan BERSIH tak nampak? Masih bisu? Atau Mat Sabu akan claim (tuntut) duit minyak untuk helikopter dari DAP nanti?” soal beliau sinis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here