Home HIBURAN Ajak Shiro dedah duit RM250,000 bukanlah untuk berjoli, berjalan, tapi…

Ajak Shiro dedah duit RM250,000 bukanlah untuk berjoli, berjalan, tapi…

739
0
SHARE

Rezeki menyebelahi kumpulan Shiro apabila diumum sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2018 yang membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Keputusan berkenaan telah pun diumumkan, sejurus kesemua peserta selesai membuat persembahan, malam tadi.

Gandingan hebat antara Ajak dan Shahrol,masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM250,000.

Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Ajak memberitahu dia berhajat untukp menunaikan umrah bersama keluarganya.

“Saya rancang nak pergi umrah sekali lagi sebab dulu niat memang nak pergi umrah,tapi tak pergi juga…

“Sehinggalah tahun lepas, saya berpeluang pergi sana,” kata Ajak kepada MH sejurus selesai program realiti komedi yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam malam tadi.

Dalam masa yang sama, Ajak sempat berkongsi detik terindah ketika berada di Kota Suci itu.

“Masa saya di sana,saya berdoa agar dimurahkan rezeki…

“Setiba sahaja saya di Malaysia banyak tawaran saya dapat antaranya bidang pengacaraan, penyampai radio dan terlibat dalam program ini (Maharaja Lawak Mega), sekali gus kumpulan Shiro diangkat sebagai juara musim ini,” tambah Ajak.

Lantas,Ajak menjelaskan bahawa dia akan menggunakan duit tersebut untuk menunaikan umrah bersama keluarga.

“Alhamdulillah doa yang saya pohon masa di sana (Mekah) termakbul oleh Allah…

“Jadi,duit ini bukanlah untuk saya berjalan-jalan,tapi saya gunakan ‘balik’ dan ucap terima kasih kepadaNya,” jelas Ajak.

Manakala,Shahrol pula akan melakukan perkara yang sama (menunaikan umrah) bersama ibunya.

Dalam pada itu, kumpulan Bocey diumum sebagai naib juara, kumpulan Zero di tempat ketiga,diikuti kumpulan Puteh ditempat keempat dan tempat kelima, kumpulan Taman.

Menang MLM 2018, Ajak & Shahrol buat kejutan umum tinggalkan karier sebagai deejay

KUMPULAN Shiro yang dianggotai dua tunggak utamanya, Ajak dan Shahrol membuat kejutan apabila mengumumkan akan meninggalkan karier sebagai penyampai radio ketika sidang media sejurus selesai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada malam Ahad.

Ajak yang merupakan deejay stesen radio Hot FM memberitahu dia mengambil keputusan itu selepas merasakan sudah tiba masanya dia kembali memberi fokus kepada bidang lakonan dan komedi.

“Sepanjang tiga tahun saya bergelar deejay, saya tidak berlakon dan menumpukan sepenuhnya dalam bidang radio.

“Saya buat keputusan ini bukan sahaja kerana ingin kembali fokus kepada karier sebagai pelawak dan pelakon tetapi mengambil kira faktor keluarga terutamanya anak-anak.

“Bayangkan saya tidak pernah menghantar anak saya ke sekolah dalam tempoh tiga tahun ini kerana perlu berada di konti radio pada awal pagi,” katanya kepada mStar Online.

Ajak yang ke udara menerusi segmen Geng Pagi Hot memaklumkan dia akan menamatkan kontraknya pada penghujung Februari ini.

Sementara itu, Shahrol turut memberitahu kontraknya bersama Suria FM selama enam bulan sudah berakhir pada 11 Januari lalu dan ia tidak disambung.

Seperti Ajak, Shahrol juga memberitahu ingin kembali aktif dalam bidang komedi dan melihat kemenangan mereka sebagai petanda baik untuk tujuan itu.

Juara dua kali berturut-turut MLM Bocey mendapat tempat kedua.

Selain itu, Shahrol berkata, dia juga akan memberi fokus kepada syarikat produksinya yang ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya berlapang dada… Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah walaupun tidak lagi bergelar penyampai radio tetapi ada pula rezeki kami untuk bergelar juara MLM 2018.

“Ini saya lihat sebagai peluang untuk saya dan Ajak kembali serius dalam bidang komedi yang sudah agak lama kami tinggalkan,” ujarnya yang ke udara menerusi segmen Team Suria Pagi.

Mengulas kemenangan mereka, Ajak berkata, usaha mereka sebanyak tujuh kali mencuba dalam pertandingan itu akhirnya berbaloi dan kemenangan ini memang dinanti-nantikan.

Trio adik-beradik berasal dari Sabah Zero mendapat tempat ketiga.

“Tujuh kali kami mencuba nasib dalam MLM… Alhamdulillah segala usaha selama ini akhirnya terbayar dan memang ini yang kami mahukan,” ujarnya.

Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi manakala Bocey yang dianggotai oleh Abam, Fad dan Achey bergelar naib juara sekaligus menerima hadiah wang tunai RM250,000.

Trio adik-beradik, Zero pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150,000 berserta trofi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Sumber: Mstar & Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here