Home LUAR NEGARA ‘Yuk kita pulang Dylan Sahara’ – Luluh hati vokalis Seventeen sahkan isteri...

‘Yuk kita pulang Dylan Sahara’ – Luluh hati vokalis Seventeen sahkan isteri turut terkorban

380
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Isteri vokalis Seventeen, Riefian Fajarsyah, Dylan Sahara disahkan meninggal dunia dalam kejadian tsunami yang terjadi pada Sabtu malam di Banten, Selat Sunda.

Menerusi muat naik di Instagram Story, Riefian atau lebih mesra dipanggil Ifan mengucapkan ‘Alhamdulillah kita udah semobil lagu Yuk pulang yuk @dylan_sahara’. (Alhamdulillah kita sudah bersama dalam satu kenderaan, ayuh kita pulang Dylan Sahara)

Sambil memegang jenazah isterinya, ia kematian selepas Seventeen hilang tiga anggota dalam bencana itu.

BACA: Anggota Seventeen Herman dan Ujang pula disahkan terkorban

Ifan sebelum ini menzahirkan rasa bangga dapat menjadi rakan sepentas bersama-sama Herman, Bani dan juga Andi.

Pada Ahad, Ifan mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam kejadian bencana alam itu.

Beberapa jam kemudian, pemain gitar band popular tersebut, Herman Sikumbang dan juga kru, Ujang merupakan antara yang disahkan korban dalam tragedi tersebut.

TONTON: Gunung berapi Anak Krakatau meletus? Ini sejarahnya

BACA: Selepas 12 jam, tangisan anak kecil 5 tahun didengari, dia akhirnya terselamat

Jumlah korban susulan tragedi tsunami di Selat Sunda pada Sabtu malam kini meningkat kepada 373 orang.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho malam Ini, 128 yang lain masih hilang manakala 1,459 tercedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here