Home LUAR NEGARA Persembahan dangdut erotik sebelum pentas runtuh dihanyut tsunami

[VIDEO] Persembahan dangdut erotik sebelum pentas runtuh dihanyut tsunami

635
0
SHARE

TERSEBAR klip video persembahan dangdut menampilkan seorang penyanyi wanita, menari-nari meliuk lentuk dengan gaya erotik bersama dua orang lelaki yang agak berumur.

Persembahan dangdut itu katanya berlaku sebelum kejadian tsun4mi di Tanjung Lesung, Indonesia pada 22 Disember lalu.

Berdasarkan “backdrop,” dalam video berkenaan, pentas persembahan itu dipercayai adalah pentas yang sama digunakan oleh kumpulan Seventeen ketika menyampaikan persembahan beberapa ketika sebelum ia runtuh dibadai tsun4mi.

Persembahan joget dangdut ini dipercayai berlangsung sebelum kumpulan Seventeen menyampaikan persembahan.

Rakaman video ini tersebar dan menjadi tular di media sosial facebook di kalangan warga Indonesia sejak dua hari lalu.

Mereka menganggap video rakaman ini terlepas pandang dari liputan media arus perdana selain turut menyifatkan joget dangdut itu berunsur maksiat dan selayaknya menimbulkan kemurkaan Allah.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton.

Ombak Tsun4mi tiba ketika konsert sedang rancak (Video)
RAKAMAN video tersebar di media sosial memaparkan detik bagaimana ombak besar tsun4mi menghancurkan pentas utama konsert yang sedang rancak berlangsung di Indonesia malam tadi.

Tsun4mi ketika konsert

Dalam rakaman yang berdurasi tidak sampai seminit itu, difahamkan kumpulan “seventeen,” sedang rancak membuat persembahan di atas pentas yang diiringi alunan muzik berentak laju.

Tidak berapa lama kemudian pentas utama yang dijadikan tempat persembahan itu runtuh akibat ombak tsun4mi yang tiba-tiba membadai dari arah belakang pentas berkenaan.

Difahamkan pemain bass dan pengurus Kumpulan Seventeen maut dalam kejadian itu.

Orang yang merakam video ini tentu sekali niat asalnya untuk merakamkan detik rancak persembahan konsert kumpulan seventeen. Namun secara tidak sengaja telah merakam tragedi bencana yang menyayat hati.

Media sebelum ini melaporkan seramai 20 orang maut susulan kejadian tsun4mi yang melanda kepulauan Jawa dan Sumatera di Indonesia pada malam hari Sabtu.

Kejadian tsun4mi yang berlaku di kawasan Selat Sunda itu dilaporkan akibat runtuhan dasar laut berpunca dari letusan gunung berapi kata Agensi Mitigasi Bencana kerajaan Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi itu, seramai 165 orang cedera, manakala jumlah mangsa yang hilang belum dapat dipastikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here