Home SEMASA UPDATE: Tidak bayar nasi lemak punca pemandu bas ekspres dipukul

UPDATE: Tidak bayar nasi lemak punca pemandu bas ekspres dipukul

168
0
SHARE

KUANTAN: Enggan membayar sepenuhnya duit nasi lemak menjadi punca seorang pemandu bas ekspres bergaduh dengan dengan seorang pelayan gerai di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres berusia 32 tahun itu hanya membayar RM1 yang mana harga nasi lemak yang dijual kepadanya berjumlah RM2.

“Berdasarkan keterangan pelayan gerai makanan di R&R itu harga nasi lemak dijual adalah berharga RM3 manakala untuk pemandu bas, lori, dan pelanggan tetap, diskaun diberi iaitu dijual pada harga RM2.

“Pemandu bas ekspres itu hanya membayar RM1 menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham tular di media sosial.

Mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

Mohamad Noor berkata, pelayan gerai terbabit mendakwa dicekik, dipukul di bahagian belakang kepala dan ditendang sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat yang diterima polis menahan pemandu bas ekspres terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 1.15 pagi tadi selepas dia tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan enam lagi suspek lelaki berusia 32 hingga 44 tahun di sekitar daerah ini dan Maran, malam tadi bagi membantu siasatan.

Katanya, semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here