Home LUAR NEGARA Tsunami Selat Sunda: Selepas 12 jam, tangisan anak kecil 5 tahun didengari,...

Tsunami Selat Sunda: Selepas 12 jam, tangisan anak kecil 5 tahun didengari, dia akhirnya terselamat

301
0
SHARE

BANTENG: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemui di bawah runtuhan bangunan namun berada dalam keadaan selamat setelah dipercayai terperangkap selama 12 jam, dalam kejadian tsunami yang melanda Pantai Carita di Banten, Indonesia, pada Sabtu malam.

Lapor Tribunnews.com, kanak-kanak yang bernama Ali itu dijumpai berdekatan runtuhan hotel Mutiara Resort selepas pihak berkuasa Banten terdengar suara tangisannya.

“Dia hanya menangis, merintih dan mahu menemui keluarga,” kata Pesuruhjaya Polis Daerah Banten yang mengetuai pasukan keselamatan ketika menemui Ali.

Ali ditemui pada jam 8.30 pagi waktu Indonesia Barat dilaporkan mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital Banten bagi mendapatkan rawatan.

Tsunami Selat Sunda: Anggota Seventeen Herman dan Ujang pula disahkan terkorban

Pihak berkuasa turut memaklumkan mereka masih mencari lokasi ibu bapa Ali.

Kejadian tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia malam Sabtu dilaporkan susulan letupan gunung berapi di kawasan Selat Sunda.

Puluhan bangunan juga dilaporkan musnah.

Kawasan paling terjejas ialah Pandeglang di Banten, yang meliputi Taman Negara Ujung Kulon dan banyak pantai-pantai peranginan popular.

Gelombang tinggi berkenaan dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar pukul 9.30 malam pada Sabtu.

Sementara sehingga 8 malam tadi mangsa yang maut dalam kejadian tsunami itu meningkat kepada 222 orang.

Manakala 843 cedera dan 28 mangsa masih lagi hilang dalam tragedi berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here