Home SEMASA “Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la”...

“Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” – Bapa Sajat

363
0
SHARE

PETALING JAYA: Pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.

Susulan itu, Sajat tampil memberi penjelasan kepada mStar Online untuk menafikan laporan media yang memetik namanya sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Tidak cukup dengan itu, personaliti itu pada Sabtu memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.Hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia, bukan wartawan, bukan orang luar.

Mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya, mak kata saya khunsa,” tulisnya menerusi kapsyen posting berkenaan.Dalam video itu, ibunya yang berada di dapur sebelum Sajat muncul dan mengadu perihal cakap-cakap netizen mengenai status jantinanya.

Mak yang lahirkan Ajat (Sajat) mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan dorang.Banyak sangat cakap tengok cili ni, cili padi kampung kalau kena mulut orang mengata tu haa…,” kata wanita itu kepada Sajat sambil memotong cili.

 

Selepas itu muncul pula bapanya yang secara terbuka mengakui Sajat adalah perempuan.Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok, sekali imbas je boleh,” kata ayahnya.

Dalam pada itu, Sajat menutup ruangan komen di posting video berkenaan dan ia sehingga kini sudah menerima hampir 300,000 tontonan.

Pada Rabu, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Dia bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya.

Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya SAJAT Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada tengah hari Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here