Home SEMASA Peguam sukarela usaha selesaikan pembiayaan kereta arwah Muhammad Adib

Peguam sukarela usaha selesaikan pembiayaan kereta arwah Muhammad Adib

105
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sepasukan peguam sukarela kini dalam proses membantu keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, melunaskan pembiayaan kereta miliknya.

Peguam Adzly Ab Manas, berkata arwah menyimpan kereta berkenaan di kampungnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah, Alor Setar untuk kegunaan selepas berkahwin.

“Bagaimanapun, buat ketika ini pihak keluarga terpaksa menanggung pembiayaan kenderaan itu.

“Semalam wakil peguam kami sudah berjumpa dengan pihak keluarga arwah bagi membantu menyelesaikan pembiayaan kenderaan berkenaan.

“Saya dan pasukan peguam sukarelawan akan berusaha melihat dari sudut undang-undang untuk membantu keluarga arwah bagi menyelesaikan pembiayaan sewa beli berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adzly berkata, kereta jenis Perodua itu setakat ini masih lagi mempunyai pembiayaan dengan bank.

“Kita juga berharap pihak bank dapat melupuskan pembiayaan berkenaan. Saya juga mohon doa supaya urusan perundangan untuk melunaskan pembiayaan berjalan lancar,” katanya.

Pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 9.41 malam pada 17 Disember lalu mencatatkan satu lagi peristiwa duka buat seluruh rakyat Malaysia.

Allahyarham yang parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, sebelum itu hampir tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).

Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, itu juga menarik perhatian seluruh rakyat yang turut bersedih dengan pemergian hero berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here