Home SEMASA Majikan Pekerja Gerai RNR Gambang Yang Pukul Pemandu Bas Tampil Dedah Perkara...

Majikan Pekerja Gerai RNR Gambang Yang Pukul Pemandu Bas Tampil Dedah Perkara Sebenar. Rupanya Dah Ramai Pekerja Dibuli Sebelum Ini

490
0
SHARE

KUANTAN – Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menyiasat kejadian pergaduhan yang dikatakan antara kakitangan gerai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini, dengan seorang pemandu bas ekspres yang tular di laman sosial.

Anih Berhad menerusi kenyataan media di sini hari ini berkata, kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib sewajarnya mengikut prosedur tetap operasi syarikat, jika didapati bersalah.

“Tindakan kakitangan itu merupakan tingkah laku peribadi dan tidak melambangkan atau menggambarkan prinsip syarikat.

“Syarikat tidak bertolak ansur terhadap sesiapa yang terlibat dengan kejadian yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Anih Berhad yang kesal dengan kejadian itu menegaskan jaminan keselamatan dan ketenteraman awam pengguna adalah keutamaan mereka.

Rakaman video selama seminit 48 saat itu yang tular hari ini, menunjukkan pergaduhan antara kakitangan R&R terlibat dengan seorang pemandu bas ekspres yang dikatakan berlaku pada puukul 1.30 pagi semalam.

Punca pergaduhan dipercayai akibat pemandu bas mengugut mahu melempang seorang pelayan yang menggunakan bahasa kesaat terhadapnya, menyebabkan dia dipukul oleh beberapa individu selepas selesai minum.

Anih Berhad menambah, mereka difahamkan pemandu bas berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, dekat sini pada puukul 5 pagi semalam. – Bernama

Menerusi laman instagram seseorang yang bernama Nur Shadikha Binti Mazlan yang mengaku dan merupakan majikan kepada pekerja pekerja Gerai No 6 RNR Gambang mendedahkan mereka yang memukul pemandu bas tidak bersalah. Mereka difitnah oleh seseorang yang merakamkan video berdurasi 1 minit 50 saat yang tular semalam.

Malah beliau dedahkan rupanya sudah lama perkara ini berlaku punca pekerja itu bertindak mengherdik dengan mengeluarkan kata kesaat bab i kepada pemandu bas itu.
Dia tak lempang tapi…

A.ah dia cakap je nak lempang.. tapi x lempang…

cuma dia cekik, dia tampar, dia simbah air panas..dia tumbuk..
Bukan seorang pekerja, tapi sudah 3 orang yang dibuli oleh pemandu bas!

hari berbeza2 cukup 3 orang dah budak kena kaki tgn driver ni…

pandai pusing cerita admin…

jgn sampai kau admin yg kena saman fitnah… raya aku
‘Pandai kau pusing cerita kan’

semua cakap pasal budak panggil sabarlah bab1…

pandai kau pusing cerita kan…

tambah cerita bagi sedap…

‘Tak Ambil Tindakan Tapi tak bersyukur’

AKU TAK AMBIL TINDAKAN KAU TAK SIMBAH PEKERJA AKU DENGAN AIR PANAS PON KAU PATUT BERSYUKUR…

SANI BAWAK CUSTOMER…

ADA.

DALAM 10 ORANG.. YG LAIN KAU ORG JE MAKAN MINUM FREE.

KITA BAGI MAKAN MINUM FREE PON KAU TUNJUK SAMSENG LAGI

p/s : siapa yang salah? tkkan satu malaysia kena tipu, sebenarnya pemandu bas tu memang kaki buli? apa pun kami tidak tahu sejauh mana kebenaran pengakuan ini, dan berharap supaya polis segera siasat dan mengambil tindakan. Ingat, fitnah itu berdosa tau!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here