Home SEMASA Lelaki tak sempat nak skodeng kali ke 2

Lelaki tak sempat nak skodeng kali ke 2

233
0
SHARE

TINDAKAN seorang lelaki warga asing yang ‘tidak puas’ mengintai seorang wanita dalam bilik air di surau Taman Orkid, Sungai Siput dan cuba mengulangi perbuatan sama membawa padah apabila dicekup orang ramai, Rabu lalu.

Dalam kejadian 8.51 malam itu, suspek berusia 33 tahun yang bekerja di sebuah kilang ditahan orang ramai pada malam sama.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Ruzeni Ismail, berkata mangsa berusia 28 tahun memasuki bilik air di surau berkenaan untuk membuang air.

Katanya, ketika berada dalam bilik air berkenaan, mangsa terdengar bunyi bising dari luar tandas, tetapi tidak menghiraukannya.

“Rakan mangsa yang berada di luar tandas bagaimanapun memaklumkan suspek cuba mengintai mangsa menggunakan telefon bimbit.

“Suspek menyedari tindakannya itu diketahui kemudian melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ruzeni berkata, tidak lama kemudian mangsa yang bekerja di pasar malam berhampiran pergi ke tandas di surau berkenaan sekali lagi sebelum mendapati suspek dipercayai mahu melakukan perbuatan sama.

“Hasil bantuan orang ramai, suspek ditahan sebelum diserahkan kepada polis.

“Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here