Home SEMASA Larangan Merokok Di Premis Makanan Bermula Tengah Malam Ini

Larangan Merokok Di Premis Makanan Bermula Tengah Malam Ini

63
0
SHARE

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam nanti, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).

“Ia bertujuan melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok.

“Premis itu membabitkan semua kaedah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin, atau berkonsep terbuka (open air).

“Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here