Home HIBURAN Lana Nodin sambut kelahiran anak kedua

Lana Nodin sambut kelahiran anak kedua

273
0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nodin selamat melahirkan anak keduanya di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Setapak di sini sebentar tadi.

Menerusi kemas kini di Instagram, Lana melahirkan rasa terharu dan bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

“Terharu dan sayu mendengar apabila mendengar suami tercinta iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami. Terima kasih Allah S.W.T,” ujarnya ringkas.

Menerusi video berkenaan, suaminya, David McKienzi mengiqamatkan anak perempuan mereka sambil diperhatikan Lana.

Peminat turut mengucapkan tahniah.

Bagaimanapun, baik Lana mahupun David, masing-masing tidak mendedahkan nama bayi tersebut.

Lana dan David tau nama Islamnya, Mohd. Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 dan dikurniakan puteri sulung, Gia Quinn McKienzi pada Januari 2016. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here