Home HIBURAN ‘Kalau tak nak, carilah saya ..’- Abby Abadi.

‘Kalau tak nak, carilah saya ..’- Abby Abadi.

117
0
SHARE

“KENAPA tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby,” luah pelakon Abby Abadi kepada mana-mana individu yang tergamak membuang bayi tidak berdosa akibat terlanjur atau mempunyai masalah lain.

Abby berkata, dia akan berusaha mencari kehidupan terbaik untuk bayi terbabit selain bersedia mencari ibu bapa baru untuk bayi itu.

“Saya akan usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu bapa yang sudi nak menjaga dia… Kenapa buang macam ini?

“Tolong, adik, kakak, mak cik. Kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga… Please!” tulisnya di akaun Instagram.

Abby memuat naik status itu selepas terkesan dengan laporan mengenai kes penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di sebuah surau di Kuala Lumpur, semalam.

Pada Jun lalu, Abby dan suami, Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki, Muhammad Daiyan Fayyadh.

Pasangan itu kemudiannya mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.

Abby mempunyai tiga cahaya mata lain hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here