Home SEMASA Harga kasut putih jatuh merudum serendah RM8

Harga kasut putih jatuh merudum serendah RM8

228
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pemilihan utama ibu bapa membeli kasut hitam untuk sesi persekolahan 2019, menjadikan harga kasut putih jatuh merudum serendah RM8 berbanding RM19.90 ditawarkan sebelum ini bagi jenama biasa.

Tinjauan BH Online di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), di Rawang dan Sungai Buloh, mendapati ada pusat beli-belah membuat promosi harga runtuh, iaitu antara RM10 hingga RM20 bagi sepasang kasut putih berbanding, hitam RM30 hingga RM120.

Kasut berjenama adi wira, misalnya boleh didapati dengan harga serendah RM17.90 sehingga RM20 sepasang berbanding, sepatu jenis sama berharga RM49.90 sehingga RM60, pada tahun sebelumnya.

Justeru, sebilangan ibu bapa membeli kedua-dua kasut putih dan hitam bagi menjimatkan perbelanjaan serta boleh bertukar-tukar sepatut tanpa masalah.

Pekerja swasta, Mohd Naser Mohd Ali, berkata harga menjunam itu mungkin disebabkan pengilang mahu menghabiskan stok, permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa dan strategi pemasaran untuk bersaing secara sihat.

“Walaupun harga serendah RM8 sepasang, saya beli kasut hitam meskipun perlu bayar kira-kira 30 peratus lebih tinggi saya tak kisah beli untuk anak.

“Pasar raya besar yang saya kunjungi membuat promosi kasut putih berharga RM20 sepasang kasut manakala yang berjenama dijual pada harga RM30 untuk dua pasang,” katanya.

Penjawat awam, Ahmad Rosli Muda, berkata membelikan kasut putih untuk anak sekolah rendah, manakala sepatu hitam untuk anak sekolah menengah.

“Kasut putih murah, nampak bersih dan boleh mengajar anak lebih berdisiplin menjaga kebersihan. Promosi RM40 untuk dua pasang kasut putih berbanding harga asal adalah RM25 sepasang,” katanya.

Dari segi kualiti, beliau melihat kasut hitam tahun lebih berkualiti, rekaan moden, tahan lasak dan mirip kasut sukan.

“Kasut putih nampak tidak tahan lama dan kurang berkualiti, mungkin itu faktor menyebabkan ia murah,” katanya.

Akauntan, Nor Azlina Abd Hamid, berkata walaupun kasut putih harga serendah tetapi beliau lebih cenderung memilih kasut hitam untuk empat anaknya.

“Saya sibuk bekerja. Tiada masa nak cuci selalu jika beli kasut putih cepat kotor. Sepatu hitam material berbeza kerana ada yang perlu dilap saja.

“Kasut putih banyak guna fabrik kain atau kanvas yang perlu dicuci dan kapur. Tempoh jangka panjang kita dapat jimatkan kos,” katanya membelanjakan RM160 untuk empat pasang kasut.

Usahawan dari Langkawi, Kedah, Norzeha Mhd Noh, berkata turut mengakui berdasarkan tinjauan beliau mendapati beberapa pusat beli-belah di sini menjual kasut putih pada harga lebih rendah.

Bagaimanapun, beliau membeli kasut hitam kerana kerana lebih praktikal dalam pelbagai sudut dan kurang mengurangkan ibu bapa mencuci dan nampak tahan lasak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here