Home HIBURAN ‘Ekzos bising… jimat minyak, tuan’

‘Ekzos bising… jimat minyak, tuan’

174
0
SHARE

“EKZOS bising ni jimat minyak tuan… pasal tu saya pakai ekzos ni,” kata seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Lejang/Samseng Jalanan di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rantau Abang, Dungun, hari ini.

Pemuda berusia 28 tahun itu merayu dia tidak dikenakan saman kerana mendakwa ekzos motosikalnya tidak pernah mengganggu ketenteraman dan tidak pernah dimarahi penduduk kampungnya.

“Motosikal ini saya pakai waktu nak jalan jauh je, kalau di kawasan kampung atau nak ke masjid saya guna motosikal lain.

“Saya ada anak isteri, takkan saya nak ganggu ketenteraman penduduk, malu anak isteri saya,” rayu lelaki itu.

Bagaimanapun, rayuannya itu tidak dilayan, sebaliknya polis mengeluarkan saman dan meminta dia menggantikan ekzos itu dengan ekzos yang diluluskan.

“Mahal ekzos ni encik RM300, jimat minyak saya ni, mana ada wang saya nak bayar saman encik,” katanya sebelum menurunkan tandatangan di kertas saman.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam itu.

Menurutnya, sebanyak 384 kenderaan diperiksa membabitkan 220 kereta, 150 motosikal, empat pacuan empat roda, tiga lori serta sebuah bas.

“Kita turut membuat pemeriksaan ke atas 390 individu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang memiliki dua biji pil kuda serta mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan dua pegawai serta 14 anggota polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here