Home HIBURAN “Dia Seorang Yang MenitikberatkanAgama” – Elfira Dedah Kenapa Tertarik Pada Bakal Imamnya

“Dia Seorang Yang MenitikberatkanAgama” – Elfira Dedah Kenapa Tertarik Pada Bakal Imamnya

155
0
SHARE

Sejak beberapa hari lepas sudah bertebaran berita mengatakan pelakon kecil molek, Elfira Loy bakal menamatkan zaman gadisnya awal Januari ini. Malah dia juga dikatakan sedang giat membuat persiapan majlis perkahwinannya ini. Dalam posting terbaru, memperlihatkan Elfira muat turut foto dia diraikan untuk majlis bachelorette party yang diraikan bersama rakan-rakannya.

Apa-apa pun gosip yang bertebaran, Elfira kini sedang berada di ambang bahagia. Setelah melalui episod duka awal tahun lalu, pastinya tirai 2019 bakal diraikan dengan hari paling bersejarah buat dirinya.

Dua minggu lalu, Hijabista sempat melakukan sesi fotografi dengan gadis manis ini. Sambil bertanya kisah penghijrahan sempena isu Hijabersary, sempat merisik kepada tuan empunya badan kriteria utama bakal suami dan Imamnya ini.

Menurut Elfira yang tersenyum sambil menjawab dia bersyukur kerana segala urusannya (bertunang) dipermudahkan oleh Allah. Malah dia sangat beruntung kerana Imamnya itu seorang yang begitu pentingkan agama.

“Sebenarnya sebelum itu El memang rajin ikut mama ke masjid untuk dengar kuliah yang best-best. Dan sejak bertunang ini, El juga gembira tunang El rajin untuk turut sama join aktiviti kuliah di masjid.

“Apa yang boleh El katakan El gembira kerana dia seorang lelaki yang begitu menitikberatkan agama. Malah kadang-kadang dia akan remind El untuk pergi sama-sama dan ajak teman-teman lain.

“Biasanya kita akan pergi dalam group mendengar kuliah best yang disampaikan,” ujarnya membuka cerita mengenai bakal suaminya itu.

Ketika ditanya kriteria utama yang membuatkan hati Elfira terpaut kepadanya dan kriteria bakal suaminya itu untuk menjadikan dia sebagai suri hati.

“Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya dan dia juga bukan jenis judge orang itu sesuka hati.

“Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab. El juga memang sudah bersedia ke arah itu. Doakan yang terbaik untuk kami berdua,” jelas Elfira lagi yang membayangkan (ketika artikel disiarkan nanti dia sudahpun menjadi seorang isteri.

Dan harapannya begitu menggunung setelah bergelar isteri nanti. Maklumlah tugas sebagai isteri bukanlah mudah seperti disangka.

“Kalau dulu kita hanya fikir soal diri kita sahaja. Tetapi bila sudah berkeluarga bukan sahaja El kena jaga nama keluarga kita tetapi juga nama keluarga orang lain.

“El memang sudah bersedia untuk memulakan hidup baru dan mahu orang lihat selepas ini El sebagai new person. El minta supaya lupakan perkara yang dan lepas dan look me as a new person.

“Inilah keluarga baru El dan harapkan perjalanan ini akan dipermudahkan Allah,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

Apa pun Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia till jannah.

sumber: Hijabista

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here