Home HIBURAN Datuk Awie sakit. Doakan kesihatan beliau.

Datuk Awie sakit. Doakan kesihatan beliau.

356
0
SHARE

“DOKTOR masih mengesan apa puncanya. Saya tak boleh nak cakap sakit apa,” kata pengurus Datuk Awie, Ejat.

Dia mengulas keadaan Awie yang dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang, Selangor sejak empat hari lalu.

Menurut Ejat, sehingga kini, keputusan ujian doktor belum diperoleh.

“Awie kini di bawah pemerhatian doktor dan diminta berehat. Doktor juga masih menjalankan ujian untuk mengenal pasti punca masalah kesihatan Awie itu.

“Sama-sama kita doakan semoga Awie cepat sembuh,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, Awie mengadu sakit di bahagian atas perut, dada dan belakang badan.

Terdahulu, Awie menerusi syarikatnya Awie Entertainment Sdn Bhd memuat naik kenyataan di Instagram memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam semalam.

“Dengan rasa berat hati dimaklumkan tahap kesihatan Datuk Awie tidak mengizinkan beliau untuk memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya sempena Pesta Pulau Pinang.

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Datuk Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here