Home HIBURAN “Bukan Pertama Kali Orang Mengata Anak Saya …”- Nana

“Bukan Pertama Kali Orang Mengata Anak Saya …”- Nana

388
0
SHARE

Pengacara popular, Nana Mahazan mengakui terkilan dengan segelintir pihak yang memberikan komen kurang baik terhadap anaknya dan mengakui ini bukan kali pertama perkara ini terjadi.

Bercakap kepada Media Hiburan baru baru ini, Nana Mahazan berkata anaknya dalam proses untuk mengenali diri sendiri serta fesyen dan pastinya akan mengambil masa untuk mendapatkan gaya yang serasi.

“Tak kisah nak kata dia selekeh, sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini. Ia terpulang”

“Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu dia pun gemar kenakan baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi sekarang, dia lebih gemar kenakan baju longgar, sewater dan sebagainya. Anak yang sedang membesar ni dia ambil masa untuk kenali diri dia, fesyen dan sebagainya,” katanya.

Nana Mahazan juga mengakui sedih dengan komen yang ditinggalkan sesetengah pihak yang dilihat sebagai tidak sensitif dengan perkembangan normal kanak kanak.

“Ini bukan kali pertama pun. Malah dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya kalau tidak suka, block atau jangan komen apa-apa,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here