Home HIBURAN “Bukan nak panaskan lagi keadaan” – Noorkhiriah kongsi video bersama jururawat

“Bukan nak panaskan lagi keadaan” – Noorkhiriah kongsi video bersama jururawat

251
0
SHARE

Noorkhiriah berterima kasih kepada tenaga kerja yang tidak jemu-jemu memberikan layanan terbaik kepada ahli keluarganya.
PELAKON Noorkhiriah berkongsi sepotong video apresiasi bersama sekumpulan jururawat dan seorang doktor yang merawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Menerusi video pendek itu, Noorkhiriah berterima kasih kepada tenaga kerja yang tidak jemu-jemu memberikan layanan terbaik kepada ahli keluarganya.

“Niat saya post video ni nak ucap terima kasih, tak ada niat lain dan kebetulan ada kes tengah panas.

“Maaf saya bukan nak memanaskan lagi keadaan, mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah.

“Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

“Saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat TV, surat khabar semua… Maka inilah mediumnya,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here