Home SEMASA Bomba selamatkan pekerja pencuci tergantung di tingkat 33

Bomba selamatkan pekerja pencuci tergantung di tingkat 33

139
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Dua pekerja pencuci bangunan berdepan detik mencemaskan apabila gondola yang digunakan untuk mencuci sebuah hotel di Persiaran KLCC, di sini, rosak, seterusnya menyebabkan seorang daripada mereka tergantung di tingkat 33, hotel itu, hari ini.

Kedua-dua pekerja berkenaan bagaimanapun dapat diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 10.57 pagi.

“Pasukan bantuan dari BBP Hang Tuah dengan kekuatan lapan anggota bersama satu unit jentera ‘Aerial Ladder Platform’ (ALP) turut diarahkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, kami mendapati seorang pekerja pencuci bangunan berusia dalam lingkungan 30-an tergantung dengan memakai ‘harness’ di tingkat 33 manakala mangsa kedua yang juga berusia lingkungan 30-an tersangkut di dalam gondola di tingkat satu,” katanya.

Beliau berkata, menurut mangsa, gondola terbabit mengalami masalah teknikal ketika kerja mencuci bangunan dijalankan.

“Kami melakukan penyelamatan dengan menggunakan kaedah ‘ascending’ iaitu menaikkan mangsa pertama ke tingkat 34 yang mempunyai ruang akses.

“Bagi mangsa kedua pula, kami menggunakan ALP. Kedua-dua mangsa dapat diselamatkan pada jam 11.49 pagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here