Home SEMASA Arwah Adib dibunuh sebab perkauman.

Arwah Adib dibunuh sebab perkauman.

210
0
SHARE

Oleh: Muhammad Najib

Aku cakap begini kerana masih ada lagi pemimpin yang ambil jalan selamat dengan memilih untuk berkata ini bukan isu perkauman.

Ya, tidak ada asas yang kukuh untuk sekumpulan manusia apabila kawasan rumah ibadat mereka terbakar, memilih untuk melepaskan kemarahan kepada anggota bomba yang datang untuk memadam kebakaran tersebut.

Kecuali atas faktor lain. Dalam dalam kes Adib, perkauman. Hanya kerana arwah seorang anggota bomba berbangsa Melayu, beliau jadi mangsa sekumpulan bangsa India untuk melepaskan kemarahan mereka.

Dan aku tak rasa alasan tersalah sangka atau tersilap sasaran boleh diterima pakai. Ada sebab kenapa bomba merupakan badan beruniform. Takkan selama duduk Malaysia ini, kau tak kenal macam mana rupa uniform bomba? Dan walaupun jika Adib bukan anggota bomba, arwah atau mana-mana Melayu yang ada di situ pada malam itu tidak patut jadi mangsa rusuhan. Mob mentality ini perlu dihentikan.

Insiden kuil Seafield ini dari awal bukanlah perkauman. Tapi kegagalan mengawal keadaan menjadikan ia satu naratif perkauman. Awal lagi kita disogokkan dengan idea pemaju (Cina) upah samseng (Melayu) untuk serang kaum tertindas (India). Dan kemudian muncul pula menteri dan exco yang memberikan kenyataan berbaur perkauman.

Lantas satu-satunya mangsa dari insiden perkauman ini adalah arwah Adib.

Tapi itu bukanlah lesen untuk mereka yang sebangsa dengan Adib mengambil pendekatan yang sama. Kerana kalau kita juga mengambil sikap perkauman dan percaya ‘an eye for an eye’, sudahnya kita semua jadi buta dek rasisme. Walaupun aku sebut arwah Adib mati kerana perkauman, tapi itu bukan lesen untuk kita juga memilih jalan perkauman.

Kerana kalau kita semua memilih perkauman atau rasisme sebagai jalan, yang mati siapa? Kemanusiaan.

Yang patut dihukum (dan perlu dicari sehingga ke lubang cacing oleh polis) adalah pelaku yang membelasah Adib kerana sifat rasisme atau mob mentality mereka.

Pembunuhan Adib adalah satu bentuk hate crime. Dalam ketegangan kaum yang makin membara di Malaysia kebelakangan ini, kerajaan dan polis perlu bertindak tegas sebagai satu tauladan buat semua. Tindakan perlu diambil kerana kalau tidak, sudahnya rakyat akan memilih untuk bertindak sendiri dan itu sangatlah tidak enak.

Ingatlah, Adib bukan berkorban nyawa. Pemergian arwah tak sama macam 6 anggota bomba yang lemas dalam usaha menyelamat tempoh hari. Dia tak gave his life pun.

Sebaliknya nyawa Adib diragut oleh orang hilang akal pada satu malam ketika arwah hanya mahu menjalankan tugasnya selaku anggota bomba.

Itu realitinya.

Sumber: TTKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here