Home SEMASA Apa masalah korang belasah jaga?

Apa masalah korang belasah jaga?

417
0
SHARE

PENGAWAL keselamatan cedera dibelasah dua lelaki di kuarters pekerja di Kuala Baram, Miri, kelmarin.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki berusia 30-an itu cedera di beberapa anggota badan akibat ditumbuk dan diserang menggunakan senjata tajam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang bertugas di pondok pengawal keselamatan sebelum didatangi dua suspek yang menaiki motosikal.

Sumber itu berkata, suspek memberitahu mahu berjumpa rakan mereka yang tinggal di kuarters berkenaan.

“Seorang suspek tunggu di luar, manakala seorang lagi dibenarkan masuk ke kuarters dan keluar 15 minit kemudian,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya meminta nama suspek untuk ditulis di dalam buku rekod pelawat yang menjadi prosedur keselamatan kuarters berkenaan.

“Bagaimanapun, ketika mahu menulis, suspek tiba-tiba menumbuk dan menyerang mangsa sehingga mangsa terjatuh,” katanya

Katanya, mangsa dapat menyelamatkan diri dan menghubungi pengurusnya, bagaimanapun, kedua-dua suspek sudah melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan kes sedang disiasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here