Home HIBURAN Kecaman Pedas Ogy “Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5?”

[VIDEO] Kecaman Pedas Ogy “Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5?”

391
0
SHARE

Walaupun sering dihimpit kontroversi sepanjang penglibatan di Gegar Vaganza 5, penyanyi lagenda Zamani berjaya melangkah ke peringkat akhir rancangan itu.

Zamani, antara peserta ‘favourite’ musim ini memperoleh markah yang ‘mencukupi’ untuk ke final walaupun kelihatan gagal menyanyikan lagu pertama dengan baik. Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi posting terbaru di Facebook meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan itu.

Lupa lirik boleh masuk final?

Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walaupun beberapa kali lupa lirik dan gagal menyanyi dengan betul. Perkongsian Ogy bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang rata-rata kurang senang dengan pendapat itu.
Zamani tak layak

Sementara itu di Twitter, netizen bersetuju dan berpendapat Zamani sebenarnya tidak layak mara ke peringkat akhir berdasarkan persembahannya yang kurang memuaskan itu.

Sumber: Fauziah Ahmad Daud

Kemaraan Zamani ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5 mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah pelakon, penyanyi Fauziah Ahmad Daud.Menerusi posting terbaru di akaun Facebook miliknya itu, Ogy meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan rancangan itu. Terbaru, juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim tampil memberikan alasan kukuh mengapa penyanyi itu layak ke peringkat akhir.
Lagu kedua selamatkan Zamani

Menurut Datuk Ramli MS, lagu Di Matamu nyanyian Zamani pada persembahan kedua telah menyelamatkan dan melayakkan penyanyi itu ke peringkat akhir.

Lagu kedua selamatkan Zamani

Penjurian malam ini berdasarkan 2 lagu. Dia hilang 65% markah dari saya pada persembahan lagu pertama, saya bagi 35% dan itu antara markah paling rendah yang saya bagi jika dibandingkan dengan peserta lain.

Tapi bila dicampur dengan markah persembahan kedua, ia jadi sangat tinggi. Hampir semua juri bagi markah yang tinggi untuk persembahan kedua dan akhirnya Zamani dapat tempat ke lima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Sky Unic

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here