Home HIBURAN “Undian Tertinggi Tapi Tak Terpilih, Baik Tukar Nama Pilih Kasih 7,” –...

“Undian Tertinggi Tapi Tak Terpilih, Baik Tukar Nama Pilih Kasih 7,” – Undian Terbanyak Tapi Tak Jadi Protege, Netizen Pertikai Format Mentor 7

440
0
SHARE

Selepas 12 tahun bersiaran, musim terbaru program realiti, Mentor 7 menampilkan sedikit pembaharuan untuk disesuaikan dengan selera penonton semasa.

Menampilkan empat mentor berbanding enam sebelum ini, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) dan Perolehan, Zurina Othman berkata, program realiti nyanyian itu melakar pencapaian membanggakan apabila diperluaskan menerusi jenama Mentor Milenia, Mentor Otai dan Mentor Legend

“Kita cuba tampilkan pembaharuan sedikit dari segi kandungan bagi menaikkan lagi jenama Mentor.

Dengan barisan mentor yang berpengalaman luas, kelebihan mereka mampu membawa bakat pelapis mencipta nama dalam industri,” katanya

Pemilihan komposer dan penerbit, Datuk Wah Idris sebagai juri tetap bersama seorang lagi juri yang akan diumumkan pada persaingan konsert kedua Mentor 7 juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk menimba pengalaman daripada mereka.

“Beliau adalah komposer dan penerbit yang sangat berpengalaman, malah turut mencipta pengaruh di luar negara. Pemilihannya tepat untuk berkongsi ilmu dengan generasi baharu,” katanya.

Zurina berkata, juri juga diberi kebebasan untuk melontarkan komen dan kritikan dengan telus serta terbuka, asalkan tidak tersasar daripada landasan penilaian.

“Kami tidak mengongkong juri dalam memberikan komen, sebaliknya menghormati setiap pandangan mereka. Mentor 7 menjadi medan untuk mereka berkongsi pengetahuan,” katanya.

Sementara itu, Syafinaz berkata, tawaran sebagai mentor diterima selepas beberapa kali menolak disebabkan kesibukan tugas.

“Saya terima tawaran kali ini untuk ber kongsi pengalaman dan pengetahuan dengan generasi baharu. Kelebihan sebagai pensyarah memberi saya peluang untuk mendidik generasi muda ini.

“Saya tiada masalah bersaing dengan mentor lain yang jauh lebih muda kerana masing-masing ada kelebihan. Tetapi, kalau mereka minta bantuan saya dari segi pendapat untuk mendidik protege mereka, saya tiada masalah untuk berkongsi, ” katanya.

Program realiti Mentor musim ke-7 telah pun membuka tirainya semalam. Pada peringkat awal ini, para peserta perlu membuat persembahan yang meyakinkan kepada mentor masing-masing sebelum terpilih sebagai protege. Antara mentor yang bakal bertarung adalah Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Siti Nordiana, dan Hafiz Suip.

Konsert pada minggu pertama ini menyaksikan 6 peserta yang bersaing sengit untuk menjadi 2 orang protege bagi Aizat Amdan dan Datuk Syafinaz. Pemilihan tersebut turut dibantu oleh undian secara online daripada rakyat Malaysia, namun keputusan mutlak terletak di tangan setiap Mentor.

Antara yang mencuri tumpuan adalah sewaktu proses saringan yang bakal menjadi protege Aizat. Menerusi undian online, Faris telah memperoleh markah tertinggi iaitu 85%, sementara Pasya dan Megat masing-masing mendapat 9% dan 6% undian.

Namun begitu, akhirnya Aizat Amdan telah memilih Pasya dan Megat untuk mengisi 2 tempat sebagai protegenya. Keputusan tersebut ternyata telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan para peminat yang telah mengundi Faris.

Pasya & Megat terpilih sebagai protege Aizat Amdan
Pada penghujung rancangan, kedua-dua Mentor tersebut telah berjaya memilih protege masing-masing. Selain Pasya dan Megat, turut layak sebagai protege Datuk Syafinaz adalah Lazarul dan Ranisha.

Dalam pada itu, para netizen terus membanjiri media sosial rancangan berkenaan dengan komen-komen yang berbaur rasa tidak puas hati terhadap konsep yang dibawa pada musim kali ini. Rata-rata mereka mempersoalkan tentang proses undian online sedangkan ianya dilihat tidak berguna langsung pada malam tadi.

Banyak yang tak puas hati dengan pemilihan yang dibuat!

Function undi please?

 

Baik tukar nama…program Pilih Kasih 7

 

Sebab apa Faris tak terpilih? Undian dia paling tinggi

 

sumber: theklasik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here