Home POLITIK Tun M Tetap Akan Serahkan Jawatan PM kepada Anwar Ibrahim

Tun M Tetap Akan Serahkan Jawatan PM kepada Anwar Ibrahim

199
0
SHARE
Tun M tetap serahkan jawatan PM

PUTRAJAYA: “Saya pegang pada janji, saya akan serahkan jawatan ini (perdana menteri). Itu janji saya,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai usul oleh Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Setiawangsa yang mahu Dr Mahathir dibenarkan menjadi Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja sebelum menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya dah kata dah, saya dua tahun saja. Dua tahun atau… tak tahulah kalau dia (Anwar) bagi dua tahun setengah.

“Anda pernah ingat bila saya tidak pernah tunaikan janji saya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here