Home SEMASA Trofi Kasut Emas ABK18 Jadi Bahan Troll, TMJ Minta Yang Bertanggungjawab Letak...

Trofi Kasut Emas ABK18 Jadi Bahan Troll, TMJ Minta Yang Bertanggungjawab Letak Jawatan Segera

446
0
SHARE

Pengerusi Malaysia Football League (MFL) – Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim yang lebih dikenali dengan TMJ kecewa dengan kritikan yang baginda dengar berkenaan dengan trofi Kasut Emas ABK18 (Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018).

Trofi tersebut telah menjadi bahan jenaka – ‘troll’ – dan juga kritikan daripada peminat bola sepak tanah air serta netizen. Ini kerana rekaannya yang pelik dan dianggap seperti kepompong rama-rama.

Kasut emas antara anugerah berprestij dalam mana-mana malam anugerah bola sepak. Ianya mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam sesuatu kejohanan. Untuk ABK18, Rufino Segovia dan Shafiq Shaharudin masing-masing menang kasut emas untuk kategori pemain import dan tempatan.

MFL selaku badan pengendali liga bola sepak Malaysia menjadi antara sasaran kepada kritikan – dan sudah pastinya TMJ terkesan dengan kritikan itu. Kita semua tahu yang baginda seorang yang tegas dalam isu kualiti. TMJ mengakui baginda ada dimaklumkan akan oerara itu.

Baginda berkata: “Saya ada dimaklumkan tentang isu berkaitan kualiti anugerah yang diberikan pada ABK 2018. Bagi saya, kualitinya tidak boleh diterima, dan saya berharap – sesiapa sahaja yang bertangungjawab [ke atas perkara tersebut] untuk meletakkan jawatan serta merta.”

“Baru 13 jam saya ke luar daripada negara – sudah berlaku huru-hara. Sesiapa yang bertanggungjawab, sila kemukakan perletakan jawatan kamu.”

Baginda juga meminta agar MFL memperbaiki kerosakan imej itu dengan memberikan trofi anugerah yang lebih baik dan berkualiti.

“MFL, tolong perbaiki masalah ini dan berikan mereka [pemenang] anugerah yang lebih berkualiti”, tambah baginda lagi dalam kenyataan peribadi di Twitter.

TMJ kemudian mengingatkan MFL bahawa mereka menyokong prinsip bekerja dengan kualiti bukannya kuantiti.

Satu tindakan yang pro aktif dituntut oleh TMJ daripada MFL. Kita tunggu perkembangan perkara ini dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here