Home POLITIK ‘Serambi Makkah tapi pembalakan berleluasa’- Nik Nazmi Nik Ahmad

‘Serambi Makkah tapi pembalakan berleluasa’- Nik Nazmi Nik Ahmad

290
0
SHARE

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya, Ketua Pemuda PKR (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sempat menjentik kerajaan PAS Kelantan berhubung isu pembalakan di negeri itu.

Jelasnya, negeri yang terkenal dengan jolokan ‘serambi Makkah’ itu tidak menjaga kelestarian alam sekitar seperti mana tuntutan Islam apabila membiarkan aktiviti pembalakan haram berleluasa.

Beliau berkata, tiada gunanya terkenal dengan jolokan sedemikian namun, alam sekitar yang menjadi amanah tidak dijaga dengan sebaik mungkin.

Nik Nazmi dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar AMK.
Ketika sidang medianya, Nik Nazmi yang ditanya wartawan apakah sindiran itu ditujukan terhadap kerajaan PAS Kelantan beliau menjawab: “Ada serambi Makkah lain di Malaysia?”

“Kita bercakap tentang apa yang bersifat holistik, tetapi pada masa sama tidak menjaga alam sekitar,” katanya selepas Kongres Nasional AMK di Shah Alam, hari ini.

Isu pembalakan bukan perkara baru di Kelantan. Ia menimbulkan konflik antara kerajaan negeri dengan penduduk setempat khususnya masyarakat Orang Asli.

Pembalakan di negeri itu dikritik memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar.

Kerajaan negeri mengakui mengesan beberapa aktiviti pembalakan dan penerokaan secara haram di hutan-hutan simpan di seluruh negeri itu bagi tempoh 2014 hingga tahun lalu.

Kelantan bagaimanapun menafikan aktiviti tersebut dilakukan secara besar-besaran seperti yang digembar-gemburkan.

Rafizi tak hadir perasmian Azmin

Sementara itu, Nik Nazmi dalam sidang medianya ketika ditanya mengenai ketiadaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada perasmian kongres sayap itu oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam.

Beliau berkata, ia adalah situasi biasa dalam PKR dan naib presiden parti tidak semestinya hadir pada majlis berkenaan.

“Bukan semua datang, ia normal…kenapa tak tanya Anwar Ibrahim atau Kak Wan (Dr Wan Azizah Wan Ismail) tidak datang.

“Kalau anda mengikuti sejarah (PKR) ini adalah warna-warni yang biasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here