Home SUKAN Safiq Rahim Tinggalkan JDT, Sertai Kelab Luar Negara.

Safiq Rahim Tinggalkan JDT, Sertai Kelab Luar Negara.

183
0
SHARE
Semalam laman rasmi Facebook pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers (JST) mengumumkan bahawa pemain bintang mereka, Safiq Rahim bakal meninggalkan pasukan itu dan bakal menyertai pasukan baru musim hadapan. Safiq yang telah lama tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama bagaikan sudah dijangka bakal meninggalkan kelab tersebut.

Ramai peminat JDT terutamanya meluahkan rasa sedih kerana pemain tengah dan juga bekas kapten pasukan itu akhirnya mengambil keputusan meninggalkan kelab.
Salah seorang peminat JDT menanyakan kemanakah hala tuju SR8 selepas ini. ” Kalau main diluar negara ok..Tapi kalau masih liga Malaysia mesti ada problem..Just nak tahu aje..” Katanya. Komen itu dibalas olej admin page JST dengan menyatakan bahawa “Safiq kemungkinan akan bermain di luar negara.”
Ada yang melontarkan pendapat di ruangan komen berkata, Benjamin Mora tidak mahu menurunkan Safiq dalam kesebelasan utama jadi sebab pemain utama itu mahu pergi.
 
Namun, komen itu dibalas oleh admin laman Johor Southern Tigers dengan menyatakan, “Mora terima gaji dari sapa? Dan ikut arahan siapa. Kalau player tak diturunkan apa maknanya? Maknanya ada player lain yang berkerja lebih keras dalam latihan. Apabila ada permain yang beri 100% dalam latihan, pemain tersebut harus diberikan peluang.”
Safiq rahim tinggalkan JDT
Komen dari admin tersebut mendapat beberapa kecaman oleh pengguna Facebook yang lain dan berpendapat bahawa Safiq Rahim sudah berkorban dan telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna buat kelab tersebut sehingga berjaya menjadi juara Piala AFC untuk tahun 2015.
Safiq rahim tinggalkan JDT
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here