Home POLITIK Rombakan Kabinet awal bukti menteri tak berwibawa – DS Najib Razak

Rombakan Kabinet awal bukti menteri tak berwibawa – DS Najib Razak

177
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ingin merombak Kabinet dalam masa terdekat sebagai bukti menteri baharu tidak berwibawa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, lazimnya rombakan dilakukan selepas setahun atau setahun setengah pentadbiran.

“Apakah kepemimpinan sekarang tidak percaya dengan Kabinet sendiri? Biasanya rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh agak lama.

“Kalau berlaku dalam sehari dua ini, maka ada keputusan yang tidak ikut kelaziman dalam negara ini.

“Ia turut membawa kepada tafsiran menteri dilantik tidak berwibawa dan tidak menjalankan tugas sebagaimana diharapkan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata bersikap terbuka melakukan rombakan Kabinet sekiranya menerima pencalonan baharu daripada PKR yang selesai mengadakan pemilihan parti.

Sementara itu, Najib ketika ditanya berhubung siasatan terhadap isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak mahkamah.

“Tak usahlah tanya soalan isu di mahkamah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here