Home POLITIK Punggung isteri menggerutu antara punca cerai di Malaysia

Punggung isteri menggerutu antara punca cerai di Malaysia

378
0
SHARE

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Hannah Yeoh mendedahkan beliau malu untuk menyebut faktor-faktor lain penceraian di parlimen hari ini.

Terdahulu, Yeoh memberitahu Dewan Rakyat, perceraian antaranya berlaku disebabkan isteri suka membasuh baju pada waktu malam, suka mengikuti rombongan beramai-ramai, suami tidak suka isteri makan dalam kereta, gaji suami lebih rendah dan pasangan tidur berdengkur.

Beliau berkata demikian dengan memetik statistik dari Jabatan Syariah Selangor.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil bagaimanapun di Twitter berkongsi senarai penuh 23 sebab, dengan menanda alasan yang dinyatakan Yeoh dengan warna kuning.

Terdapat juga pengguna media sosial lain yang turut berbuat demikian.

Membalas tweet itu, Yeoh berkata:

“Yang kuning contoh yang saya pilih dan saya tak malu sebut. Yang lain terutamanya yang pertama dan kedua saya rasa malu nak ulangi di parlimen,” katanya.

Yg dihighlight tu disebut @hannahyeoh dlm jawapan menteri pagi tadi

Yang kuning contoh yang saya pilih dan saya tak malu sebut. Yang lain terutamanya yang pertama dan kedua saya rasa malu nak ulangi di Parlimen

Senarai itu didahului dengan alasan punggung isteri menggerutu, diikuti suami tidak pandai melakukan hubungan seks di tempat kedua.

Perkara lain termasuk isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu, suami mencurigai setiap tindakan isteri, berebut rancangan TV dan pasangan lupa mengepam tandas.

Yeoh turut menjawab soalan Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad berkaitan sebab-sebab penceraian melibatkan pasangan berkahwin lima tahun dan ke bawah.

Berdasarkan statistik kementerian, kata Yeoh, terdapat 2,932 kes penceraian di Wilayah Persekutuan antara tahun 2013 dan 2017.

Katanya, data dari negeri-negeri lain sedang dikumpulkan.

Bagi bukan Melayu pula, Yeoh berkata Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 14,440 kes penceraian untuk tempoh sama bagi kategori sama.

Katanya, lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling sukar.

Berdasarkan tinjauan pada 2014, lebih satu pertiga kes penceraian berlaku dalam tempoh itu, katanya lagi.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here