Home POLITIK Pengusaha babi di Perak mohon pertukaran status tanah

Pengusaha babi di Perak mohon pertukaran status tanah

177
0
SHARE

IPOH – Pejabat Daerah dan Tanah diharap dapat mempertimbangkan semula permohonan pertukaran status tanah milik pengusaha ladang babi di negeri ini yang mahu menjalankan penternakan sistem moden.

Exco Kerajaan Negeri Perak A Sivanesan berkata, pihaknya menerima aduan daripada penternak babi bahawa pihak Pejabat Daerah dan Tanah tidak meluluskan permohonan bagi tujuan pertukaran status tanah-tanah berkenaan.

“Kita dapat aduan yang mengatakan Pejabat Daerah dan Tanah yang tidak meluluskan permohonan daripada penternak ladang babi ini bagi menukar status tanah daripada pertanian kepada penternakan.

“Oleh itu, saya meminta agar tidak menolak permohonan berkenaan tetapi mengemukakan semua permohonan itu kepada jabatan teknikal dan seterusnya hantar kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum dihantar ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Hanya MMK yang akan membuat keputusan untuk menerima atau menolak permohonan berkenaan, jadi kesemua penternak babi boleh hantar sahaja permohonan,” katanya.

Sivanesan berkata demikian pada sidang media setelah mempengerusikan mesyuarat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), penternak dan wakil persatuan penternakan babi di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak , hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Dr Ahmad Shafri.

Difahamkan penyelarasan berkenaan bertujuan untuk mengatasi beberapa permasalahan khususnya melibatkan sisa kumbahan dengan menggunakan sistem Biogas.

Sementara itu Sivanesan berkata, kerajaan negeri berharap agar kesemua 115 ladang penternakan babi di negeri ini dapat menukar syarat status tanah pertanian kepada penternakan bagi melaksanakan sistem moden sepenuhnya menjelang 2020.

Katanya, sehingga ke hari ini, hanya 57 daripada 115 ladang penternakan babi di negeri ini sudah mula menggunakan sistem penternakan moden berkenaan.

“Terbaharu kita ada terima permohonan daripada 15 ladang seluas 181 hektar dan yang menternak sebanyak 4,000 babi.

“Penternak-penternak di situ juga bersetuju untuk melabur sehingga RM40 juta sekiranya mereka mahu menukar sistem penternakan tradisional yang digunakan kepada sistem penternakan yang lebih moden,” katanya.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here