Home POLITIK PAS ancam demo besar-besaran jika Malaysia terima ICERD

PAS ancam demo besar-besaran jika Malaysia terima ICERD

548
0
SHARE

PAS mengancam menggerakkan demonstrasi besar-besaran jika Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ditandatangani negara ini.

“Ketahuilah bahawa mudah bagi PAS untuk mengerah berjuta rakyat ke jalan raya sekiranya parlimen disalah guna untuk mengiktiraf agenda ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat bumiputera,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Hadi berkata sepatutnya ICERD dihadapkan ke Israel dan Myanmar.

Katanya kedua-dua negara itu telah bertindak kejam terhadap rakyat berbeza agama dan bangsa di negara mereka.

“Bukan diterima di Malaysia yang telah wujud penerimaan masyarakat majmuk. Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas.

“Yang ada terkini jangan dilanggar, lampu merah sedang bernyala. Jangan bersikap laksana diberi betis mahukan paha,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here