Home SEMASA Pada mulanya didakwa disepak oleh polis, dah sampai balai lain pula ceritanya....

Pada mulanya didakwa disepak oleh polis, dah sampai balai lain pula ceritanya. Terbaik abang polis!

201
0
SHARE

“KITA tidak berhasrat memanjangkan kes kerana tidak mahu dia menyambut Deepavali dalam lokap,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Beliau mengulas mengenai dakwaan yang tular, kononnya anggota polis menggunakan kekerasan dengan memukul seorang pemandu ketika bertugas melancarkan aliran trafik di pusat bandar Bahau, di Jempol, semalam.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, anggota terbabit tidak langsung mengasari lelaki berusia 30-an itu, sebaliknya menasihatkan dia supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Pada mulanya, lelaki itu enggan bekerjasama dengan polis yang memintanya mengalihkan kereta yang menghalang lalu lintas di hadapan bank, namun dia tidak berpuas hati dengan arahan itu.

“Kemudian berlaku sedikit pertengkaran dan lelaki berkenaan diarahkan hadir ke balai polis. Dia kemudian mengakui kesilapannya dan diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

“Kita bertoleransi kerana memikirkan dia dan keluarga akan menyambut Deepavali hari ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang kesal dengan penyebaran dakwaan itu yang dipercayai berniat untuk memburukkan imej polis, memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika tidak menghentikannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here