Home SUKAN Nik Akif Berhasrat Tinggalkan Kelantan, Sertai Liga Thailand

Nik Akif Berhasrat Tinggalkan Kelantan, Sertai Liga Thailand

128
0
SHARE
Nik Akif tinggalkan kelantan

PEMAIN tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat berhasrat untuk berhijrah ke pasukan di Asia selepas kontraknya berbaki dua tahun tamat.

Menurutnya, sebelum ini dia menerima tawaran dari Thailand tetapi masih bersama Kelantan disebabkan terikat dengan tempoh kontrak yang belum berakhir.

Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk bermain dengan pasukan luar Kelantan sekiranya mendapat tawaran lebih baik.

“Untuk pasukan dari Asia, kemungkinan saya pilih Thailand jika mendapat tawaran menarik.

“Saya juga berhasrat bermain dengan pasukan luar Kelantan,” katanya.

Nik Akif Syahiran berkata, keputusan berhijrah dibuat untuk menambah pengalaman serta mengetengahkan bakat dimiliki.

“Saya juga berhasrat meletakkan target jaringan, ” katanya yang telah menyumbang enam gol untuk pasukan Kelantan.

Dia yang ditemui pada perlawanan persahabatan bersama rakan bapanya di padang Kolej Vokasional Kuala Krai berkata, rutinnya setiap kali bercuti bermain bola dengan golongan veteran.

Menurutnya, ia sebagai latihan harian buat dirinya serta untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Kredit: SinarHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here