Home SEMASA Moorthy wajar didakwa di bawah Akta SOSMA – Khairuddin

Moorthy wajar didakwa di bawah Akta SOSMA – Khairuddin

307
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang dianggap pengkhianat negara atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara.

Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) merangkap Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata sekiranya kenyataan dan suara dalam video berdurasi 2 minit 39 saat yang tular itu adalah beliau maka tindakan itu adalah secara sengaja mengkhianati negara.

Katanya, Moorthy sudah berbohong dan membuat kenyataan palsu untuk mempengaruhi negara luar membenci Malaysia.

“Bagaimana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh mengaibkan nama negara ke seluruh dunia dengan membuat kenyataan palsu yang berupa hasutan itu.

“Ini adalah pengkhianatan yang cukup dahsyat kepada bangsa dan negara! Waytha Moorthy harus ditangkap serta didakwa mengikut Akta SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012).

“Penyangak ini bersifat perkauman tanpa asas, ini akan membinasakan seluruh bangsa dan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kelmarin video lama Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Selain itu, Khairuddin mahu kerajaan supaya tidak berkompromi mengenai isu ini kerana Moorthy seorang individu berpengaruh.

“Negara luar berkemungkinan percaya pada kenyataan fitnah itu kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota Kabinet.

“Kerajaan Malaysia tidak pernah menzalimi bangsa lain di negara kita. Seluruh rakyat diajar untuk menghormati hak bangsa lain.

“Amalan agama, hak sebagai rakyat, demokrasi pendidikan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan amalan berpolitik dibenarkan secara terbuka di tanah air kita,” katanya.

Tonton video penuh:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here