Home SEMASA Kiatisuk Senamuang Bakal Jurulatih Baharu Selangor Musim Depan?

Kiatisuk Senamuang Bakal Jurulatih Baharu Selangor Musim Depan?

48
0
SHARE
BANGKOK-THAILAND- Match photo during AFF Suzuki Cup 2016 Final Rounds Semi Finals Leg 2 between Thailand v Myanmar at the Rajamangala Stadium, Thailand on December 8, 2016. Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Selepas terpaksa melupakan khidmat Mehmet Durakovic yang memilih untuk kekal di Perak, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dikatakan sedang mempertimbangkan beberapa calon jurulatih dari luar negara.

Nama jurulatih berpengalaman dari Thailand, Kiatisuk Senamuang hari ini tiba-tiba menjadi sebutan apabila laman Instagram rasmi FA Selangor telah mengikuti laman Instagram rasmi bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand itu.

Malah, Kiatisuk yang menggunakan nama “coach_zico” turut dilihat telah “like” semua gambar beliau yang dimuat naik untuk menunjukkan mengenai khabar angin kedatangan beliau ke Shah Alam di laman instagram para penyokong Selangor.

Namun begitu, tiada pengesahan rasmi daripada pihak FA Selangor, dan kemungkinan ia hanya sekadar khabar angin yang ditimbulkan oleh para penyokong sahaja.

Akaun rasmi Instagram FA Selangor dah mula follow akaun Kiatisuk tu memang kebetulan, takda makna apa2 saja suka2, atau memang ada makna?

Jika benar perkara itu dapat direalisasikan, Selangor bakal mempunyai salah seorang jurulatih terbaik dalam ASEAN sekali gus menjadi pencabar terkuat dalam saingan Liga Super musim depan yang dilihat kerap dimonopoli oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selama 5 tahun berturut-turut.

Kiatisuk Senamuang atau pun Zico sebenarnya bukan lah asing dalam saingan Liga Malaysia kerana beliau pernah menyarung jersi pasukan Perlis pada tahun 1998.

Walaupun hanya sempat bersama Perlis selama semusim dan tidak berjaya memperoleh apa-apa piala, namun Kiatisuk masih merupakan pencetak gol sejati dan masih diingati sebagai antara pemain lagenda Perlis.

Kredit: chedinsphere.blogspot

Beliau yang juga seorang polis berpangkat leftenan, meninggalkan jawatan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Thailand pada tahun lepas setelah pencapaian hambar pasukannya dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia Zon Asia.

Pencapaian beliau sepanjang menjadi jurulatih Thailand ialah membawa skuad Bawah-23 Thailand menggondol pingat emas Sukan SEA dan dua kali menjadi juara Piala AFF Suzuki.

Tahun lepas beliau sempat membimbing kelab Liga Premier Thailand, Port FC tetapi hanya berjaya memperoleh satu kemenangan dalam 10 perlawanan.

Jika diketepikan semua rekod itu dan hanya melihat taktikalnya di atas padang, gaya permainan ‘tiki-taka’ dan paling penting bukan long ball bodoh mungkin sesuatu yang dinantikan oleh penyokong Selangor jika benar Zico ke Gergasi Merah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here