Home POLITIK Kelantan Akan Jadi Milik PH PRU15- Tun M

Kelantan Akan Jadi Milik PH PRU15- Tun M

343
0
SHARE

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Kelantan akan menjadi milik PH pada PRU15 nanti.

Beliau berkata, biarpun tempoh PRU masih jauh tetapi momentum sokongan rakyat terhadap PH terutamanya Bersatu di negeri ini semakin kuat.

“Jumlah (dalam dewan ramai) menghairankan saya. Tetapi saya hairan kenapa boleh kalah.

inRead invented by Teads
“Tetapi saya yakin PRU15, PH akan menjadi kerajaan di Kelantan,” katanya dalam ucapan di Hotel Emas Link Pasific hari ini.

Kata-kata pembuka ucapan Pengerusi Bersatu itu disambut tepukan dan sorakan lebih 1,000 tetamu yang menghadiri Majlis Beramah Mesra Bersama Pimpinan PH Kelantan.

Dr Mahathir berkata, selepas PRU14 rakyat dapat menilai kerajaan baharu yang segalanya dilakukan demi berkhidmat kepada negara dan agama.

Pada majlis itu juga beliau menerima 13,717 borang keahlian Bersatu Kelantan yang diserahkan Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Kamaruddin Mohd Nor.

Terdahulu Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup hampir satu jam bersama pimpinan Bersatu Kelantan.

Pada PRU14 lalu, Pas dapat mengekalkan memerintah Kelantan dengan kemenangan besar menawan 34 daripada 45 Dun yang dipertandingkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here