Home HIBURAN Kalau Dulu “Lagho”, Kini Berhijrah… Mizz Nina Lebih Tenang

Kalau Dulu “Lagho”, Kini Berhijrah… Mizz Nina Lebih Tenang

95
0
SHARE
ISTERI kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina kini mempunyai minat dan tujuan baharu dalam kehidupannya tanpa memikirkan lagi kerjaya seni.
 
Mizz Nina atau Syazrina Azman, 37, berkata dia mahu mempelajari, memahami dan melaksanakan ajaran dalam Al-Quran dan Sunnah yang menjadikannya lebih tenang.“Saya ada minat baru dan tujuan dalam hidup saya. Belajar, memahami dan melaksanakan Quran dan Sunnah.
 
“Dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemanusiaan. Ia memberikan saya ketenangan sebenar dan kepuasan dalam hati,” tulis Mizz Nina.
Antara soalan rawak daripada pengikut Mizz Nina di laman sosial.
 
Mizz Nina menjawab soalan rawak pengikut di laman Instagram yang bertanyakan mengapa dia tidak lagi menyanyi.Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap hari Mizz Nina menghabiskan masa dengan menyanyi namun kehidupannya kini digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.
 
Sementara itu, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Around The World ini juga mendapat pertanyaan mengenai bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.
 
Menurutnya, dia hanya memerlukan Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk kekal bermotivasi biarpun perlu menempuh pelbagai dugaan.
 
“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.
 
“DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.“DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,” katanya.
 
Mizz Nina mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.
 
Menerusi laporan mStar Online pada 16 Jun tahun lalu, Mizz Nina berkata memilih untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan sesuatu perkara mudah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here