Home HIBURAN “Kalau Dia Cakap Macam Tu..”- Nabil Gelar Mak Cik & Bangkit Isu...

“Kalau Dia Cakap Macam Tu..”- Nabil Gelar Mak Cik & Bangkit Isu Hutang, DSV Beri Respon Padu!

568
0
SHARE

Berikutan isu membabitkan Datuk Seri Vida atau DSV apabila menerima komen pedas daripada seorang pelawak dan pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad telah menjadi perbualan ramai, DSV tampil memberi penjelasan.

Nabil yang mana telah memberi komen menerusi Instagram milik DSV itu bagaimanapun, telah dijawab oleh DSV mengenai hutang.

Menurut mStar Online, DSV terkejut disamping tidak tahu isu hutang diperkatakan oleh Nabil dan menganggap tuduhan itu tidak berasas.

“Saya rasa tak ada apa apa hutang pun dengan dia. Saya pun tak tahu projek apa yang dimaksudkan. Bila saya cakap dia dan Jihan tak tegur saya, tiba-tiba dia cakap saya ada hutang pula. Terkejut juga saya,”ujarya buat mStar Online.

Tambah pula, DSV berkata Nabil seperti memalukan dirinya apabila memberikan tuduhan sedemikian yang difahamkan tidak benar.

DSV terkejut

“Kalau dia cakap macam tu dia seperti memalukan dirinya sendiri.” tambah DSV yang mana telah memberikan sponsor kepada Gegar Vaganza selama empat musim.

Selain itu, usahawan kosmetik terkenal ini juga menjelaskan turut terkilan dengan panggilan ‘Mak Cik’ apabila Nabil meninggalkan komen di statusnya menerusi Instagram.

Namun, Nabil selain memberi komen di Instagram, dia juga telah menegaskan DSV berhutang puluhan ribu sejak dua tahun lalu yang merupakan antara projek dan kerjasama mereka sebelum ini dan kerana fitnah dilemparkan terhadapnya tentang tidak menegur DSV di GV telah membuatkan dia menyebut hal itu.

Sumber: mStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here