Home POLITIK Jho Low Punca Pakatan Harapan Tidak Dapat Tunai Janji PTPTN- Lim Guan...

Jho Low Punca Pakatan Harapan Tidak Dapat Tunai Janji PTPTN- Lim Guan Eng

167
0
SHARE
Jho Low Sebab PH xdapat tunai Janji

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendakwa Low Taek Jho – individu utama dalam skandal 1MDB – sebagai punca kerajaan gagal menunaikan janji dalam isu pembayaran semula hutang PTPTN.

“Jika Jhow Low tidak melarikan RM50 bilion, tentunya ia boleh dilakukan.

“Kami benar-benar ingin melaksanakannya tetapi apabila anda melihat kedudukan fiskal, apa yang kami mampu lakukan?” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian platform atas talian FundMyHome di Semenyih.

Lim turut berkata beliau menerima kritikan yang dilontarkan terhadap kerajaan ekoran tidak dapat menunaikan janji membenarkan peminjam mula membayar hutang PTPTN mereka selepas mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan, seperti yang dinyatakan dalam manifesto PRU k-14.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, Lim mengumumkan langkah potongan gaji berjadual – antara dua hingga 15 peratus, bergantung kepada paras pendapatan – secara bulanan terhadap peminjam.

Antara perkara lain berkaitan PTPTN yang turut diumumkan adalah potongan pinjaman kepada peminjam dari isi rumah B40 yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama, serta penghapusan baki hutang kepada peminjam berusia 60 ke atas yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

“Dua ke 15 peratus, kita beri mereka pilihan. Kita mahu beri alternatif. Pada masa sama, kita tahu sukar kerana kedudukan fiskal, kewangan.

“Seperti yang saya kata, jika Jho Low tidak larikan RM50 bilion, maka tentunya kita akan dapat laksanakan janji kita,” katanya lagi.

Pertentangan dengan janji HARAPAN itu turut diakui Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga antara panel merangka manifestonya.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus memperhalusi dan membincangkan perkara itu termasuk dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here