Home POLITIK Janji PTPTN: Tak buat separuh, suku kena laksana – Hassan

Janji PTPTN: Tak buat separuh, suku kena laksana – Hassan

99
0
SHARE

PARLIMEN | Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan agar segera melaksanakan janji berhubung penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini berkata kerajaan perlu menyusun balik struktur PTPTN bagi membantu golongan muda dan mahasiswa.

“Pagi ini saya dapat SMS daripada rakyat yang menyatakan golongan muda dan pelajar berasa tertipu, iaitu kerajaan sekarang ini tidak dapat melaksanakan janji terhadap PTPTN.

“Jadi saya harap saya tidak mahu berada di pihak kerajaan ini sebagai pihak yang cuba menipu rakyat. Saya minta susun balik soal PTPTN, bantu anak muda, kita dengar masalah mereka… janganlah keras sangat, kalau dah janji, kita buat, kalau tak sepenuhnya, sebahagian, kalau tidak separuh, sukunya kita laksana,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lepas mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus.

Sementara itu, Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam perbahasannya mencadangkan agar kerajaan menubuhkan perbadanan wakaf pendidikan negara.

“Kerajaan perlu memikirkan hala tuju terbaik dalam isu pembiayaan pendidikan tinggi negara. Saya harap solusi ini bukan keputusan terakhir pihak kerajaan dan langkah ke depan perlu dimulakan dari sekarang.

“Penubuhan wakaf ini merupakan jawapan meyakinkan terhadap hala tuju aset negara iaitu anak muda yang mesti dijauhkan dari masa depan kelam akibat gangguan beban hutang seterusnya mengakibatkan terbantutnya sumbangan terbaik kepada negara,” katanya.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here