Home HIBURAN Tetap Haram & Berdosa, PU Amin Tegur Tindakan Tomok Berpakaian Wanita!

[FOTO] Tetap Haram & Berdosa, PU Amin Tegur Tindakan Tomok Berpakaian Wanita!

143
0
SHARE

Berikutan foto-foto Tomok mula tular gara-gara berpakaian wanita telah menimbulkan kemarahan segelintir netizen apabila dikatakan seperti sedang promot golongan LGBT namun sebenarnya foto tersebut diantara pemakaian yang digunakan dalam penyampaian video lagu terbarunya.

Meskipun begitu, masih ramai sahaja yang tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Tomok sehingga dia turut ditegur oleh PU Amin, seorang penceramah yang sangat lantang dan berani dalam menentang isu yang melibatkan perkara seperti LGBT di media sosial

Pakaian wanita, timbul kemarahan netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Menurut mStar Online, PU Amin berkata walau video muzik itu ada memberi mesej positif dan unsur dakwah tapi ia tetap haram dari segi agama. Malah apa yang dilakukan oleh penyanyi legend itu bermungkinan akan memberi kesan yang negatif kepada golongan tertentu.

“Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram. Tambahnya lagi, walaupun hanya berniat lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa.” Ujarnya

Namun bagi PU Amin, Tomok bukan seperti itu tetapi sekiranya ingin sampaikan dakwah ia perlulah dengan cara yang betul. PU Amin juga perlu menegaskan yang haram tetap haram.

Cara penyampain itu tetap salah dan haram

 

View this post on Instagram

 

dah ada di youtube..semoga di permudahkan #bekaskekasih

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Ada pula netizen menerusi Instagram Tomok bertindak menasihatinya meskipun video muzik terbaru Tomok bertajuk ‘Bekas Kekasih’ ada sesuatu yang ingin disampaikan tetapi berpakaian seperti perempuan tetap haram.

Matlamat tak menghalalkan cara

Sumber: mStar Online ,Tomok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here