Home HIBURAN Fauzi Nawawi Beri Syarat Untuk Lelaki Yang Ada Hati Mahu Tackle Anak...

Fauzi Nawawi Beri Syarat Untuk Lelaki Yang Ada Hati Mahu Tackle Anak Perempuannya..

182
0
SHARE

Pelakon, Fauzi Nawawi mengakui bahawa dia tiada masalah sekiranya ada yang berhasrat memperisterikan anak daranya, Hanna Faresha.

Namun begitu, lelaki tersebut haruslah memenuhi tiga kriteria ini.

“Fasal siapa yang jadi menantu saya, saya tak pernah halang…kalau dah sampai jodoh dia. pilihan dia dan apa yang terbaik untuk dia, saya ikut.

“Tapi kriteria yang dipandang saya pertama, mestilah tahu baca al-Quran, kedua tahu agama dan ketiga mesti berpendapatan tetap.

“Sekiranya, lelaki itu berada dalam industri sekalipun, kalau dia bersungguh-sungguh saya tidak akan halang,” katanya kepada MH.

Fauzi berkata demikian ketika ditemui di belakang pentas Anugerah Skrin 2018 (ASK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Dia juga turut membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama bagi drama Qalbu.

Tambahnya lagi, dia seronok apabila ada anak-anaknya yang ‘dikenali’ orang ramai.

“Suka je kalau mereka ada dalam industri, lagipun bukan dia (Hanna) je yang orang kenal, yang penyanyi tu pun (Fareez) pun ada juga.

“Saya suka sebab kalau pergi mana-mana akan diberi keutamaanlah macam artis juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, anak Fauzi, Fareez Hazwan juga pernah mendapat perhatian netizen apabila menjuarai program Mentor Millenia pada tahun 2016 lalu.

[GAMBAR] Inilah Dia Anak Gadis Fauzi Nawawi Yang Mulai Viral Iaitu Hanna Faresha, Cantiknya!
Sebelum ini, kejayaan cemerlang anak gadis Fauzi Nawawi dalam peperiksaan SPM mencuri perhatian ramai. Memperoleh 10A sememangnya satu keputusan yang boleh membuatkan bapanya tersenyum bangga.

Anak gadis Fauzi Nawawi bernama Hana ini kini berusia 19 tahun. Hanna adalah anak hasil perkahwinan Fauzi dan bekas isterinya yang terdahulu sebelum Lisdawati.

Beberapa hari lalu, aktres Lisdawati yang baru saja menimang cahaya mata bongsunya pada hujung Julai lalu ada memuat naik foto bersama anak tiri, Hanna Faresha bersempena dengan majlis graduasi remaja berkenaan.

Lalu, figura gadis berusia 19 tahun itu mulai diperkatakan netizen. Tidak kurang yang memuji paras Hanna sekali gus membuatkan dirinya kian dikenali ramai.

Menurut Fauzi, Hana sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Malaysia.

Selain daripada keputusan cemerlang, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah rupa paras Hana yang memang boleh membuatkan para jejaka di luar sana terliur!

Hanna merupakan anak kepada aktor Fauzi Nawawi hasil perkahwinannya yang terdahulu. Sebelum ini, Hanna pernah mencuri tumpuan apabila memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM.

Sudahlah cantik, bijak pula tu. Apa pun, jom usha beberapa keping fotonya.

Sebelum ini, seorang lagi anak Fauzi, Fareez turut terlibat dalam dunia seni selepas dinobatkan sebagai juara program Mentor Milenia, dua tahun lalu.

Foto: Instagram Hanna Faresha & Fauzi Nawawi

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here