Home SEMASA ‘Daging babi’ ditemui di kawasan surau di Melaka

‘Daging babi’ ditemui di kawasan surau di Melaka

179
0
SHARE

Dua buah surau di Serkam, Merlimau, Melaka pagi ini dikejutkan dengan penemuan cebisan daging dipercayai babi berserta nota di halamannya awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, insiden di pertama disedari jemaah Surau Bukit Serkam kira-kira jam 5 pagi tadi ketika datang untuk menunaikan solat Subuh.

Jemaah surau berkenaan, Adam Abdullah, 65, berkata, ketika tiba di pintu pagar surau Bukit Serkam itu, dia melihat ketulan daging itu berserta dua kad manila yang bergulung sebelum memaklumkan kepada pihak surau.

Adam berkata, beliau tanpa berlengah segera menghubungi Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk memaklumkan kejadian itu.

Langkah segera telah diambil dengan mengarahkan anggotanya melakukan rondaan terutama di kawasan-kawasan rumah ibadat termasuk surau dan masjid untuk mencegah perkara itu berlaku dan kes disiasat bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak mahu ada individu yang mengambil kesempatan dan dalam kehidupan bermasyarakat ini ia tidak patut berlaku,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here