Home POLITIK Caruman mandatori KWSP majikan dikurangkan kepada 4 peratus

Caruman mandatori KWSP majikan dikurangkan kepada 4 peratus

459
0
SHARE

BELANJAWAN 2019 l Kerajaan hari ini mencadangkan supaya caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk majikan dikurangkan kepada empat peratus, berbanding enam peratus mulai 1 Januari 2019.

Katanya, cadangan itu bertujuan menggalakkan peluang pekerjaan bagi golongan berumur 60 tahun ke atas.

“Golongan pekerja ini (berusia 60 tahun ke atas) tidak perlu mencarum, sekali gus meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.

“Dicadangkan juga supaya potongan cukai tambahan diberikan kepada majikan terhadap perbelanjaan penggajian golongan ini (60 tahun ke atas) dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,000 sebulan.

“Langkah ini bagi menggalakkan syarikat mengambil semula golongan pekerja dalam lingkungan usia 60 tahun ke atas, terutamanya golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here