Home MAKANAN Buah Yang Paling Fames Di Malaysia Tersenarai Dalam Makanan Paling Jijik Di...

Buah Yang Paling Fames Di Malaysia Tersenarai Dalam Makanan Paling Jijik Di Dunia.

132
0
SHARE
Disgusting Food Museum

Durian dikenali sebagai raja buah di Asia disebabkan keunikan dan kemewahan rasa buah tersebut. Namun lain pula cerita di Sweden apabila durian tersenarai di antara 80 makanan menjijikkan dari seluruh dunia.

Durian terpilih untuk dipamerkan di Muzium Makanan Menjijikkan di Sweden bersama 79 makanan eksotik yang lain antaranya kepala arnab pedas, keju Su Callu Sardu yang diperbuat daripada perut anak kambing dan kacang soya perap dari Jepun.

KEPALA ARNAB PEDAS

KEPALA ARNAB PEDAS

KEJU SU CALLU SARDU

KEJU SU CALLU SARDU

SUP KELAWAR

SUP KELAWAR

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi menu dari Asia seperti Kopi Luwak, wain tikus dan telur padi juga tersenarai dalam pameran tersebut. Menurut pegawai kajian muzium, faktor pemilihan makanan atau minuman tersebut dipilih dari segi rupa bentuk, bau dan rasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Disgusting Food Museum.

Untuk memasuki muzium ini, anda perlu membayar tiket 185kr (~RM85) dan percuma untuk kanak-kanak (terhad kepada 3 kanak-kanak untuk satu tiket dewasa).

Menariknya anda boleh mencuba sendiri 3 hidangan ‘jijik’ iaitu Surströmming (ikan yang diperam selama 6 bulan dalam tin), icelandic shark dan durian sekiranya anda melawat muzium ini. Kalau anda mahu cuba makan Surströmming, boleh lawat muzium in nanti.

Kredit : TheVocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here