Home POLITIK Belanjawan 2019 ‘Kering’, Agenda Islam Dipinggirkan

Belanjawan 2019 ‘Kering’, Agenda Islam Dipinggirkan

179
0
SHARE
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa:
 
Bajet 2019 yang ‘kering’ dan menyaksikan defisit membengkak semula kepada 3.7 peratus (3 peratus) pertumbuhan KDNK terbantut kepada 4.8 (5.6 peratus) akibat polisi balas dendam.
 
“Tiada yang baru untuk orang luar bandar, agenda Islam tenggelam. Bajet untuk tauke dan kelas peniaga. Tiada HARAPAN lagi.”
 
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan:
 
“Umno sebagai sebuah parti tidak bersalah dan sama sekali tidak terlibat dengan sebarang operasi dan transaksi 1MDB.
 
“Umno dan saya secara peribadi sudah pasti bersimpati dengan mantan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) yang perlu berhadapan dengan semua ini. Seperti mana-mana kes yang sedemikian, ia mesti diserahkan kepada pihak berkuasa untuk mengurus dan mengadilinya, secara sah, teratur dan berperlembagaan.”
 
MP Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin:
 
“Lebih kurang ciplak lah (belanjawan BN), tiada yang baru, apa ini, wakil rakyat BN banyak yang mengantuk. Nama kerajaan baru bunyi sedap tapi pelaksanaannya tidak nampak baru.
 
“Kebanyakan bajet ini cuma kesinambungan bajet kerajaan lalu.”
 
Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin:
 
“Berbeza dengan dokumen inisiatif ekonomi rakyat yang kita bentangkan semalam yang menyentuh semua segmen di mana tidak ada satu golongan pun yang ketinggalan
 
“Dan yang paling ketara sekali walaupun bajet ini lebih besar daripada bajet tahun lepas tidak banyak touch point untuk rakyat…sebagai contoh bantuan sara hidup adalah jauh lebih kurang daripada BR1M yang kita janjikan. BR1M Kalau menang BN hari itu kita janjikan RM 2,000. Ini paling banyak pun akan dapat RM1450 di bawah formula yang baru.”
 
MP Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan:
 
“Bantuan tiru BR1M tapi lebih rendah cuma RM1,000, dalam manifesto BN (janji) RM2,000.
 
“Tiada tol dihapuskan, cuma tol tak naik. Ini biasa. Harga minyak diapungkan, minyak akan naik. Tiada tambahan naik gaji.”
 
MP Pengerang, Azalina Othman Said:
 
“Bukan ke sebelum ini kata nak mansuh semua tol?”
 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail:
 
“Jelas sekali BSH disasarkan untuk membantu golongan B40 yang berpendapatan bulanan isi rumah di bawah RM4,000 yang dianggar melibatkan seramai 4.1 juta orang di negara ini. BSH bernilai antara RM500, RM750 dan RM1,000; dapat meringankan sikit beban kehidupan seharian mereka dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.”
 
Exco Terengganu, Hanafiah Mat:
 
“Dalam konteks negara kita, masih belum ada satu tanda aras (kajian atau statistik) yang membuktikan bekas banduan boleh memberi komitmen yang bagus kepada majikan mereka.”
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here