Home SEMASA Bantuan Sara Hidup 2019: Portal Kemaskini Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Sara Hidup 2019: Portal Kemaskini Permohonan & Syarat Kelayakan

2310
0
SHARE

Ingin memohon Bantuan Sara Hidup 2019?

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis.

Berikut kami kongsikan maklumat penting bagaimana untuk memohon BSH tahun depan juga apakah syarat-syarat kelayakan termasuk cara kemaskini permohonan sedia ada.

Kemaskini: Kepada penerima BR1M 2018, anda perlu semak semula status permohonan kerana tidak semua penerima BRIM layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Umum sedia maklum BSH diperkenalkan pada 30 Mei lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Pemberian pertama telah dilakukan pada 6 Jun lalu manakala pemberian seterusnya adalah pada 15 Ogos lepas — pembayaran dibuat lebih awal bagi meringankan beban rakyat menjelang perayaan Aidiladha.

Penerima yang layak menerima BR1M tahun ini secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Lebih 4 juta orang penerima telah menikmati pemberian BSH yang pertama pada 6 Jun lalu.

Permohonan baru akan dibuka tidak lama lagi. Namun pemegang Kad Debit Diskaun Siswa TIDAK LAYAK memohon bantuan ini.

Selain itu, turut diumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada penjawat awam gred 41 dan ke bawah dan RM200 kepada semua pesara kerajaan.

KEMASKINI BELANJAWAN 2019. Terkini dalam pembentangan Belanjawan 2019 tadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan menyalurkan peruntukan secara lebih bersasar.

Kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.

Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.

Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Berita baik — Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang.

Kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kelainan upaya (OKU).

“Dengan kata lain, bagi golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480.

“Jumlah ini lebih tinggi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu, iaitu hanya RM1,200,” katanya.

BANTUAN SARA HIDUP GANTI BR1M- Berikut ulang siar pengumuman pemansuhan BR1M serta merta dan digantikan dengan skim BSHR.

Kabinet bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada golongan sasar.

Namun bantuan tersebut tidak lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Ianya diganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang baru diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan.

KATEGORI BSH- Sama seperti BR1M, BSH terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:

Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000. Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Semua pemohon wajib memohon mengikut kategori masing-masing sahaja.

LHDN akan membuat semakan data yang diisi dengan jabatan-jabatan seperti JPN dan sebagainya supaya dapat pengesahan data. Sekiranya didapati pemohon cuba menipu, permohonan BSH anda akan digagalkan serta-merta.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT– BSH akan diagihkan kepada 4.1 juta penerima bermula 6 Jun nanti melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.6 bilion.

Bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun penerima pada tarikh tersebut.

Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Selain itu, antara bank lain yang turut sama terlibat dalam proses pembayaran BSH ialah:

AFFIN BANK, AGRO BANK, ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD AM BANK BERHAD, AL RAJHI BANK, BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, BANK RAKYAT, MUAMALAT MALAYSIA BERHAD, BANK SIMPANAN NASIONAL, CIMB BANK BERHAD, CITIBANK BERHAD, HONG LEONG BANK, HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD, MAYBANK, OCBC BANK, PUBLIC BANK BERHAD, RHB BANK BERHAD, STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Pemberian selanjutnya adalah pada bulan Ogos 2018 nanti melibatkan kategori 2 & 3 sahaja di mana masing-masing akan menerima bantuan RM300 & RM400.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di blog rasmi https://bantuansarahidup.com/

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN- Bagi anda yang telah memohon dan masih belum mendapat status kelulusan, anda boleh ke portal terbaru BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara atau Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Anda juga boleh terus hubungi talian 1800-88-2716 atau emel ke BR1M@treasury.gov.my

KEMASKINI BSH 2019

Jika permohonan pertama anda gagal, anda masih berpeluang untuk memohon rayuan semula.

Setiap penerima Bantuan Sara Hidup perlu mengemaskini beberapa maklumat peribadi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini antaranya:

Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan, Alamat surat menyurat terkini dan emel, Nombor telefon bimbit dan rumah, Maklumat akaun bank, Maklumat pasangan dan tanggungan, Maklumat waris. Pengemaskinian ini penting supaya permohonan anda diterima semula bagi pemberian BSH yang akan datang.

Untuk kemaskini BSH 2018 secara online, ikuti langkah-langkah di bawah:

Layari portal eBR1M, Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN, Sila masukkan No. MyKad, Klik Kemaskini Permohonan, Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera Untuk maklumat lanjut tentang cara kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup, sila rujuk di portal bantuansarahidup.com.

Kami akan kemaskini bagaimana caranya untuk membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2019/2020 nanti.

Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini di Facebook rasmi Semakan Online atau layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bsh.hasil.gov.my/

Sumber: semakanonline

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here